Senin, 27 Agustus 2012

Teh Hijau Baik Untuk Kuruskan Badan


Teh Hijau Baik Untuk Kuruskan Badan
Perumpamaan Cina : “Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum teh hijau”.
Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:
#Merawat sakit kepala dan kemurungan
#Antioksidan teh hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan #25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
#Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
#Baik untuk kuruskan badan (mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.)
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
Membantu mengawal tekanan darah tinggi
Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
Membantu mengawal paras gula darah
Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
Membantu dalam sesetengah penyakit barah
Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
Menguatkan sistem imun
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
Menurunkan aras kolesterol
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
Menggalakkan pembakaran lemak
Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum teh hijau lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman.
***TETAPI, pastikan teh hijau yang anda bancuh sendiri..bukan segera seperti dalam botol itu yer.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar